FÁMMY FÆY® by Maison FFÆY®: Revolusi Wangian Premium Tempatan Setaraf Antarabangsa

Pengasas jenama FÁMMY FÆY®, Fammy Faye Fadhil bersama Dato’ Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

 

Industri wangian tempatan kini berkembang pesat seiring peningkatan permintaan pengguna terhadap produk yang berkualiti, selamat, halal, dan mematuhi piawaian global. Menyedari potensi ini, jenama FÁMMY FÆY® dari Maison FFÆY®, yang diasaskan pada tahun 2022, tampil sebagai jenama tempatan yang komited menghasilkan rangkaian wangian premium, lilin beraroma, dan kosmetik bagi memenuhi citarasa pengguna moden. Setiap produk dibangunkan melalui proses yang teliti bagi memastikan keseimbangan antara kualiti premium, keselamatan pengguna, dan nilai estetika yang tinggi.

Sebagai jenama yang mengutamakan kepercayaan pengguna, produk-produk FÁMMY FÆY® dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan serta mematuhi garis panduan keselamatan dan kesihatan seperti mendaftar produk-produk untuk kegunaan badan di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, walaupun produk wangian diasaskan melalui kerjasama dengan pakar wangian dari United Kingdom, jenama FÁMMY FÆY® tetap memastikan pengeluar minyak wangi yang dipilih tersebut mempunyai sijil halal dari Halal Food Council of Europe (HFCE), dan mendapat kelulusan daripada UK Health and Safety Executive (HSE). Pakar wangian yang memformulasi minyak wangian untuk FÁMMY FÆY® juga merupakan ahli kepada International Fragrance Association (IFRA) dan mempraktikkan kod amalan mereka untuk memenuhi piawaian dalam industri minyak wangi setaraf dengan jenama-jenama terkemuka. Komitmen ini turut diperkukuh menerusi pengiktirafan pakar wangian tersebut oleh British Society of Perfumers, di samping memiliki pelbagai sijil pematuhan dalam industri ini.

Keunikan jenama ini terserlah menerusi The Constellation Series, koleksi wangian dan kosmetik yang diilhamkan daripada keindahan buruj di langit yang direka khas untuk mengekspresikan personaliti pengguna yang berbeza. Selain itu, setiap lilin beraroma di bawah Aroma Escapades Series membawa pengguna untuk menghayati emosi dan suasana yang unik dan berbeza. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk FÁMMY FÆY®, sila layari www.fammyfaey.com.

Baru-baru ini, pihak Maison FFÆY® turut mengambil langkah proaktif dengan membuat kunjungan hormat ke pejabat urusan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Kunjungan ini bertujuan untuk membina kerjasama strategik serta memperkukuh jaringan antara kedua-dua pihak, sejajar dengan komitmen jenama untuk terus mematuhi piawaian halal dan kepenggunaan yang telus. Inisiatif ini turut mencerminkan keseriusan jenama FÁMMY FÆY® dalam membina hubungan jangka panjang dengan badan-badan berwibawa demi kepentingan dan keyakinan pengguna. PPIM telah membantu banyak usahawan melalui penyediaan platform pasaran, kempen sokongan perniagaan, dan ekosistem ekonomi Islam. Dengan adanya kerjasama dengan PPIM, jenama tempatan seperti FÁMMY FÆY® akan lebih dipercayai kerana misi PPIM itu sendiri untuk menjaga kepentingan pengguna di samping membantu usahawan untuk berdaya saing.

Bagi memperluaskan pasaran dan membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan, jenama FÁMMY FÆY® turut aktif menyertai pelbagai ekspo kecantikan dan keusahawanan di peringkat domestik sepanjang tahun 2025 dan 2026. Antaranya termasuklah Noizucon di Le Meridien Putrajaya (Oktober 2025), Aromania by FFM di PWTC (Februari 2026), KL Beauty Week di IOI City Mall (Mei 2026), serta MyBeauty and Cosmetics di MITEC (Jun 2026). Strategi ini akan diteruskan menerusi penyertaan dalam beberapa siri pameran pada bulan Ogos dan Oktober 2026.

Kombinasi antara inovasi produk, kepatuhan kepada piawaian industri antarabangsa, serta usaha membina kerjasama strategik dengan pihak berwibawa seperti PPIM, menjadikan jenama FÁMMY FÆY® bukan sekadar jenama tempatan, tetapi sebuah gerakan menuju kecemerlangan jenama Malaysia di persada global. Dengan visi yang jelas dan komitmen yang berterusan terhadap kualiti, keselamatan, dan integriti, Maison FFÆY® kekal teguh dalam usahanya membawa nama Malaysia lebih jauh menerusi jenama FÁMMY FÆY® — membuktikan bahawa produk tempatan mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama antarabangsa.

Leave a Reply